Tuesday, June 23, 2015

``MUTIARA HIKMAH``


Assalamualaikum wbkth & selamat sejahtera semua...(^_^)

Mari kita renungkan dan amalkan mutiara hikmah ini...

Image result for MUTIARA HIKMAH

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,
umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.
Rasulullah S.A.W bersabda, Allah berfirman : Tidak cukup untuk-Ku langit dan bumi-Ku, tetapi yang cukup bagi-Ku hanya hati hamba-Ku yang beriman – Hadis Qudsi
Melalui nur matahari, engkau melihat alam, tetapi dengan nur iman, keyakinan kamu terus melihat kepada Allah yang menciptakan alam – Syeikh Ahmad Ata’ allah
Tidak ada yang sulit bagi orang yang mahu,
Tidak ada yang mudah bagi orang yang enggan.
Setitis musibah memungkinkan kita menerima lazatnya hidayah Allah
Cantik wanita kerana kejernihan wajah, manisnya wanita kerana seyuman indah,ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebatnya wanita kerana kesabaran, mulianya wanita krn keimanan.
Syaitan itu pengganggur, penuh waktunya untuk menjalankan rencananya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihatnya, engkau lupa kepada syaitan, tapi syaitan selalu ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu syaitan banyak pembantunya.- Sayyidina Yahya bin Muad’dz Arrozy
Siapa yang ingin amalnya diketahui orang, maka itu adalah riya’ dan siapa yang ingin diketahui orang hal keistimewaan maka itu pendusta
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh  semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.
Ibrahim bin Adham pernah mengingatkan kepada penduduk Baghdad yangg bermaksud : Hati manusia akan tertutup dgn tiga (3) keadaan iaitu bergembira, berdukacita & berbangga. Andainya kamu terlalu suka dengan apa yang kau ada, maka kamu akan menjadi bakhil dan bakhil adalah dilarang. Apabila kamu berdukacita dengan kehilangan sesuatu, kamu akan menjadi orang yang tidak redho, orang ini akan diseksa. Apabila kamu menerima pujian, kamu akan berbangga. Sifat ini akan merosakkan amalan.
Al Hasan R.a berkata : Seksa bagi seorang alim itu iala mati hatinya. Ketika ditanya : Bagaimana mati hati itu? Mencari dunia dengan amal akhirat.
Jika Engkau telah mengetahui bahawa syaitan itu tidak pernah melupakanmu, maka janganlah engkau lupa terhadap tuhan yang nasibmu ada ditangannya (Syeikh Ahmad Bin Ata’Allah Al Iskandary)
Ibarat kata-kata itu sebagai makanan bagi pendengar yang berhajat dan memerlukannya dan engkau tidak dapat apa-apa daripadanya kecuali yang engkau makan. (Syeikh Ahmad Bin Atta’Allah Al Iskandary)
Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama’ kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan yang lebat.
Jika ada orang yang tahu bahawa neraka berkobar-kobar (menyala – nyala) dan syurga penuh hiasan, dan dia dapat tidur nyenyak, sungguh sangat menghairankan. (Ahmad Bin Harb)
Seringkali kita gemar mengingatkan semula hari-hari yang bahagia tanpa menyedari hari-hari yang berlalu itu telah mengurangkan umur kita & mendekatkan kita kepada kematian (Nurtaufiq)
Linangan air mata tidak akan membuat seseorang terkeluar daripada golongan orang yang sabar selagi kita redha kepada ketentuan Allah. (Nurtaufiq)
Betapa aku bukanlah yang terbaik.. Tetapi bercita – cita untuk menjadi yang terbaik di dalam segala hal. Namun terbaik di sisi Allah adalah segala-galanya. (Nurtaufiq)
Jika kalian pernah merasai betapa ajaibnya tawakal kepada Allah, pasti kalian tidak akan pernah berhenti berusaha dan berdoa. (Nurtaufiq)
Kejayaan… Susunan aturan perjalanannya bukan untuk dibanggai , tetapi untuk disyukuri dan diteladani. (Nurtaufiq)
Pesanan al T’ilmisani kepada saudara – saudara pendakwah,”Aku Khuatir jika kalian hanya menjadi jambatan bagi orang lain yang hendak menuju ke syurga, sedangkan kalian masuk neraka. “

3 SIFAT HATI PANDANGAN ALLAH S.W.T


Assalamualaikum wbkth & selamat sejahtera semua...(^_^)

3 SIFAT HATI YANG DISUKAI ALLAH S.W.T
"Ianya adalah sesuatu yang dapat menempatkan ALLAH SWT & Rasul-NYA tepat di tempatnya...Itulah HATI..."
3 sifat hati yang disukai oleh ALLAH SWT iaitu kuat, bersih & lembut...
[1] Kuat dalam berpegang dalam agama yang tidak akan digadai/dijual dengan sesuatu dari bahagian nikmat dunia yang sirna...[2] Bersih dalam keyakinan bahawa segala sesuatu berlaku dengan izin-NYA...[3] Lembut yang penuh dengan kasih sayang sesama kaum mukminin...

"Penyakit hati yang menimpa kepada umat-umat terdahulu & di alami oleh umat sekarang iaitu hasad dengki & kebencian... Jangan kotori hati kita ini kerana ianya tempatnya pandangan rahmat-NYA...Penawar yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W adalah sebarkan salam serta penuhi hati ini dengan kasih sayang dsb..."
"Sebarkan salam sesama kaum Muslimin kerana banyak ganjarannya serta berat timbangannya kelak..."
Berikut lah Kalam nasihat Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Itulah hati tempat pandangan Allah S.W.T...Dalam jasad manusia, terdapat seketul hati yang merupakan raja bagi dirinya, jika baik rajanya maka baiklah seluruh jasadnya...
Semoga kita dapat beramal...(^_^)
Image result for sifat hati

Monday, June 22, 2015

~~ MANISNYA UKHUWWAH ~~


Assalamualaikum wbkth & selamat sejahtera...(^_^)

Sahabat...
Duhai sahabat...



Sungguh manisnya ukhuwwah kerana Allah S.W.T...Sungguh rindu kenangan bersama kalian...saat kita bersama-sama mengharungi pelbagai pengalaman hidup, ujian daripadaNya, proses-proses tarbiyah yang kita harungi bersama...

Majlis-majlis ilmu yang kita laksanakan, demi menyambung risalah dakwah Rasul Teragung, Rasulullah S.A.W...Demi menyampaikan ilmu-ilmu kepada generasi-generasi kini...Saat-saat kita dalam keadaan yang sungguh tertekan, tidak tentu arah, serabut, sibuk dan sebagainya, namun kita saling mengingatkan kasih sayang Ilahi dan mencurahkan semangat untuk terus tabah mengharungi segalanya...

Walaupun kita saling mengetahui kelemahan masing-masing, namun itu bukanlah penghalang ukhuwwah kita...Kita saling melengkapi antara satu sama lain...Kelebihan yang kita ada, digunakan dengan sebaiknya...

Ku rindukan, saat kita sama-sama bergerak kerja bersama...belajar bersama...berusrah bersama...berprogram bersama...mencari ilmu dunia dan akhirat bersama...Ku rindukan biah solehah yang pernah kita wujudkan suatu masa dahulu...begitu banyak mehnah dan tribulasi yang kita lalui bersama dalam mewujudkan biah islam bersama...

Banyak lagi yang tidak dapat ku coretkan di sini...namun, semuanya terpahat kukuh di dalam hati dan memori ini...Kini, jarak memisahkan kita semua...Walaupun kita sering berkomunikasi melalui alam maya, mengadakan program secara jarak jauh, itu semua masih tidak dapat menggantikan kenangan manis yang pernah kita harungi bersama...Walaupun tercampak di kawasan-kawasan yang berlainan, namun masig-masing meneruskan tugas yang pernah dipelajari bersama dahulu...

Manisnya rukun ukhuwwah yang pernah kita tadabbur, dan applikasikan dalam hidup ini...

(1) Ta'aruf (perkenalan jasad, jiwa, dan sifat)
Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakankamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuandan menjadikan kamu berbangsa - bangsa danbersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal...Sesungguhnya orang yang paling mulia diantarakamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwadiantara kamu. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui lagi Maha Mengenal. ( ALHUJURAT:13 )(2) Ta-alluf (kesatuan hati)(3) Tafahum (saling memahami)(4) Tanashuh (saling menasehati)Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benardalam kerugian, kecuali orang-orang yang berimandan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehatisupaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehatisupaya menetapi kesabaran. ( AL ‘ASHR : 1-3 )(5) Ta'awun (saling menolong)dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolongdalam berbuat dosa dan pelanggaran. danbertakwalah kamu kepada Allah, SesungguhnyaAllah Amat berat siksa-Nya...(6) Takaful (merasa senasib)(7) I’tsar (mendahulukan saudara)dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin),atas diri mereka sendiri, Sekalipun mereka dalamkesusahan. ( AL HASYR : 9 )


Sungguh, tidak dapat ku gambarkan melalui kata-kata...Semoga ukhuwwah kita dalam redha Ilahi...(^_^)

Image result for rukun ukhuwah

PETIKAN KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W


Assalamulaikum wbkth & selamat sejahtera...(^_^)

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan... Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini... Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini...
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci... Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak... Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi...Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu...Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang...
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu...Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil...
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu...Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang... Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia...Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina...
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu...Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu...Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain...Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah...
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan...Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku...
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru...Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu... Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya... Itulah Al-Quran dan Sunnahku...
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain...Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku...Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...
Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman...

Semoa kita dapat mengamalkannya dan mengambil pengajaran...(^_^)
Selamat beramal...

Image result for khutbah terakhir rasulullah sebelum wafat

10 sahabat Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum wbkth & selamat sejahtera semua..(^_^)

Sahabat-Sahabat Rasulullah SAW yang dijamin olehNya syurga

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)
Image result for kisah para sahabat
Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam)
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits...
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah...
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’...
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang...
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah...
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun...
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’...
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’...
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’...
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin...
Wallahua'lam...