Assalamualaikum wbkth & selamat sejahtera semua...(^_^)
Berikut saya kongsikan secara ringkas berkaitan usul isyrin(usul 20) daripada Imam Hasan Al-Banna...
USUL PERTAMA
Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat...Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan...Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman...Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan...Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah...Akidah yang benar dan ibadat yang sah...
USUL KEDUA
Bagi seorang muslim,Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam...Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan...Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai...
USUL KETIGA
Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yan dikehendakinya, manakala ilham,lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat...Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat...
USUL KEEMPAT
Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali daripada ayat Al-Quran atau yang diterima dari Rasulullah (S.A.W)
USUL KELIMA
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat...Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat...
USUL KEENAM
Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (S.A.W) yang bersifat maksum...Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh)mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith...Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadith lah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah...Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan...
USUL KETUJUH
Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furu' (cabang), sayugialah beliau mengikut mana-mana imam...Disamping ikutannya itu adalah lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya...Ia hendaklah menerima tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian...Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah ahli ilmu sayugialahbeliau menyempurnakan ilmunya hingga mencapai peringkat nazar...
USUL KELAPAN
Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah menjadi sebab perpecahan dalam agama...Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang berijtihad diganjari pahala...Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan) dalammasalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan itu hendaklah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta kerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa kepada pertengkaran yang tercela dan taasub...
USUL KESEMBILAN
Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu...Memberat-beratkan sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat...Sebagai contoh, membincangkan cabang-cabang hukum yang masih belum berlaku dengan membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang belum dicapai oleh ilmu manusia,membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah S.A.W atau membincangkan pendapat para sahabat...Kerana para sahabat pula masalah taawil adalah merupakanjalan keluar...
USUL KESEPULUH
Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam...Ayat Al-Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan...Kita jauhi perselisihan ulama dalam masalah ini...Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat...
Firman Allah :
"Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata:Kami beriman dengannya(ayat-ayat mutasyabihat). semuanya itu dari sisi Tuhan kami."(S 3:7)
bersambung..........
No comments:
Post a Comment