Friday, June 19, 2015

USUL ISYRIN (11-20)



Sambungan...

Image result for usul 20

USUL KESEBELAS
Semua bid'ah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan...Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri...

USUL KEDUA BELAS
Bid'ah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilafiah...Setiap ulama' mempunyai pendapat yang tertentu...Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil...

USUL KETIGA BELAS
Mencintai para solihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal soleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub(menghampirkan diri kepada Allah)...Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam firmanNya :
"Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa"( S 10:63)
Keramat berlaku kepada mereka dengan syarat-syarat yan telah ditentukan syariat...Di samping itukita beriktikad mereka tidak berkuasa melakukan manfaat dan mudarat terhadap diri mereka sewaktu hidup dan sesudah matinya mereka, lebih-lebih lagi terhadap orang lain...

USUL KEEMPAT BELAS
Menziarahi kuburan walau bagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan Rasulullah S.A.W...Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walau bagaimana bentuk sekali pun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambuinya, meneranginya dengan lampu, dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara seumpamanya adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi...Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup punca-punca kemungkaran...

USUL KELIMA BELAS
Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluk =nya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat doa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah...

USUL KEENAM BELAS
Uruf(kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafaz syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu...Kita haruslah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan itu sahaja...Kita harus berwaspada dan tidak tertipu dengan perkataan-perkataan dalm semua bidang, dunia dan agama...Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan kepada nama yang diberikan...

USUL KETUJUH BELAS
Akidah adalah asas kepada amal...Amal hati lebih penting dari anggota...Mencari kesempurnaan dalm kedua-dua bidang ini(amal hati dan amal anggota) adalah dituntutu syariat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama...

USUL KELAPAN BELAS
Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam sekeliling...Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulama...Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat...Hikmah adalah merupakan suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya...

USUL KESEMBILAN BELAS
Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan...Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit...Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus...Sekiranya pendangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan...Untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya...

USUL KEDUA PULUH
Kita tidak mengkafirkan seorang muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardhukan kepadanya,kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafazdan pengertian Al-Quran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran...

Wallahua'lam...(^_^)

No comments:

Post a Comment