Friday, June 12, 2015

Hargai Pengalaman Kita~~



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Semoga sentiasa dalam redha Ilahi...(^_^)

Hari ini saya tidak tahu mahu berkongsi berkaitan apa...
Ada pelajar-pelajar yang membaca entry saya?...Alhamdulillah semoga kita semua bertambah ilmu yang berkat..

Beruntung adik-adik atau sahabat-sahabat yang dapat menyambung pelajaran tidak kira la di peringkat mana pun...Gunakan sebaiknya peluang yang ada, kerana anda adalah insan yang Allah pilih untuk berada di tahap ini...

Jika anda berpeluang untuk menceburkan diri dalam mana-mana aktiviti sekolah atau kampus, jangan sia-siakan peluang tersebut...libatkan diri untuk turut sama..Maksud saya untuk libatkan diri di sini bukan sahaja menjadi ahli atau peserta sesuatu aktiviti... Jika boleh, tingkatkan lagi untuk menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan mahupun ahli pelaksana...opss, jangan beranggapan negatif ya... Sebenarnya, di sini lah kita akan belajar banyak perkara yang tidak di ajar dalam kelas teori...

Berfikir secara kritikal, kreatif dalam pelaksanaan sesuatu perkara, cara untuk menyelesaikan permasalahan, kemahiran menguruskan sesuatu, kepimpinan, bergerak kerja secara berbincang, bekerjasama, beramal jama'ie, menjadikan kita lebih matang serta banyak lagi...Semua ni boleh membantu kita dalam alam pekerjaan, dan bermasyarakat...Semua ni pengalaman hidup...

Tapi,kalau xdapat atau tidak terpilih, tidak mengapa...kita boleh juga menjadi pembantu mahupun ahli yang baik di peringkat bawahan...bantu sahabat-sahabat yang lain...

Pada yang sukakan bermacam-macam pengalaman,kita perlu tahu dalam macam-macam bidang atau situasi...Tapi, janganlah sampai kita buat perkara-perkara yang tidak baik untuk kita ya...Maksudnya yang memang membawa kesan yan negatif untuk kita serta orang lain...

Selamat menempuh alam baru pada sahabat-sahabat yang akan beralih ke fasa hidup yang seterusnya...(^_^) Allah S.W.T ya Bariq jua yang mengatur segala yang berlaku...Semoga Allah Ya Bariq mempermudahkan segala urusan kita dalam menjalani kehidupan untuk beribadah kepadaNya...
Image result for gembira

No comments:

Post a Comment