Assalamualaikum wbkth & selamat sejahtera semua...(^_^)
3 SIFAT HATI YANG DISUKAI ALLAH S.W.T
"Ianya adalah sesuatu yang dapat menempatkan ALLAH SWT & Rasul-NYA tepat di tempatnya...Itulah HATI..."
3 sifat hati yang disukai oleh ALLAH SWT iaitu kuat, bersih & lembut...
[1] Kuat dalam berpegang dalam agama yang tidak akan digadai/dijual dengan sesuatu dari bahagian nikmat dunia yang sirna...[2] Bersih dalam keyakinan bahawa segala sesuatu berlaku dengan izin-NYA...[3] Lembut yang penuh dengan kasih sayang sesama kaum mukminin...
"Penyakit hati yang menimpa kepada umat-umat terdahulu & di alami oleh umat sekarang iaitu hasad dengki & kebencian... Jangan kotori hati kita ini kerana ianya tempatnya pandangan rahmat-NYA...Penawar yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W adalah sebarkan salam serta penuhi hati ini dengan kasih sayang dsb..."
"Sebarkan salam sesama kaum Muslimin kerana banyak ganjarannya serta berat timbangannya kelak..."
Berikut lah Kalam nasihat Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Itulah hati tempat pandangan Allah S.W.T...Dalam jasad manusia, terdapat seketul hati yang merupakan raja bagi dirinya, jika baik rajanya maka baiklah seluruh jasadnya...
Semoga kita dapat beramal...(^_^)
No comments:
Post a Comment