Tuesday, June 16, 2015

GURU~~ENGKAU SUMBER INSPIRASI


Assalamualaikum wbkth & selamat sejahtera semua...(^_^)

Cikgu...wahh...berjasanya seorang guru...Ada sesiapa yang pernah berpengalaman mengajar?...Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik...Namun, jika ianya menjadi kesukaan kita, walau apa pun yan terjadi, kita tetap dapat atasi dengan senang hati... =)

Saya juga merupakan seorang pelajar biasa yang pernah dididik oleh ramai guru...pernah merasai menjadi seorang pelajar, juga pernah merasai menjadi seorang guru...Selepas menamatkan pembelajarandi Tingkatan 5, saya pernah mengajar di 2 buah sekolah rendah...ala,,,ustazah ganti je...hihihi...saya mengajar untuk semua subjek kelas agama petang, yang kita selalu sebut KAFA...

Kalau ganti ni, biasa la...uctazah-ustazah ni biasanya da sediakan bahan untuk kita mengajar...Untuk latihan, hafazan, amali dan sebagainya...seronok jadi pengajar...sebab saya suka...Bila kali pertama kita masuk kelas, biasa la...murid semua tidak kenal kita...semua baik-baik belaka perangainya...Tapi, penat juga sebenarnya...

Bila anak murid da kenal ustazah dia ni, mula la masing-masing da tunjuk nakalnya...hihihi...budak-budak, biasa la aktifnya...hurmm...Lagi-lagi saya ni tidak berapa nak garang...yeke??ye kot...hahaha...
Letih tu bila kena melayan kerenah anak-anak murid...macam-macam kerenah dan perangai...Masa  ni juga la mereka nak bermainberjumpa dengan kawan-kawan mereka...Fuhhh, ponat den...Tapi, kadang-kadang seronok dan kelakar juga melayanmereka ni...hihi...

Image result for mengajar

Tidak lama pun saya mengajar kerana selepas beberapa bulan, saya dapat tawaran menyambung pelajaran...Tapi, semasa saya di tahun akhir di alam kampus dahulu, saya juga menjadi guru ganti kelas petang di sekolah tahfiz...memandangkan rumah sewa saya dan kawan-kawan berdekatan dengan tahfiz tersebut, jadi ustazah di sana memohon bantuan kami seandainya mereka memerlukan guru sebagai ganti...

Ha, kat sini saya penat menjerit...suara anak murid da la lebih kuat daripada drum...tenggelam sungguh suara saya...Penat betul...huhuhu...semua tidak makan saman...hahaha...Macam-macam la mereka ni...ada yang aktif terlebih, ada yang pasif...ada juga yang pandai terlebih, ada juga yang lambat...Tapi, saya sarankan pada semua, jika kita berpeluang utuk mengajar, janganlah abaikan anak murid yang memerlukanlebih bimbingan untuk terusmelangkah dalam pelajaran mereka...sedih melihat yang ketinggalan...

Walau apa pun, saya sangat gembira kerana walau pun begitu, mereka dapat melaksanakan tugasan dengan baik...Alhamdulillah, kegembiraan pada seorang guru kini saya dapat rasai serta terkenang perasaan guru-guruyang telah banyak mengajar saya...Terima kasih cikgu...

Oh,ye...saya pernah juga adakan tuisyen di rumah...mengajar subjek matematik dan matematik tambahan...letih juga memikir untuk fahamkan mereka yang belajar ni...cari cara untuk memudahkan mereka faham konsep tu pun pening...Tapi Alhamdulillah mereka dapat faham dengan baik...mereka yang beritahu, tapi wallahua'lam la...

Bila jadi guru,kita perlu mendidik...bukan hanya marah mengikut perasaan...ajar dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan penuh dedikasi...study dulu silibusyang kita perlu ajarkan pada murid-murid, cari jalan yang mudah untuk murid faham, susunjadual dengan baik...Tidak mudah juga menjadi seorang guru...Namun, insya Allah andai kita lakukan dengan baik kerana Allah, semuanya Allah permudahkan...Jom jadi pendidik dengan sesiapa sahaja hatta diri sendiri... (^_^)












No comments:

Post a Comment